Preview : 24 / 218 , Read : 1 / 17 , Index : 3 / 19
Never , this page was being read.
Siti Saleha jadi lesbian? Demi untuk menjadi seorang pelakon yang versatil, pelbagai watak kena dibawa dan dicuba. Demikian lah cabaran yang dibawa oleh Siti Saleha dalam mengharungi perjalanan karier seninya. Teruskan pembacaan anda sekiranya anda berminat hendak mengetahui butiran nya.

Siti Saleha
KEPELBAGAIAN watak dalam lakonan tidak dinafikan mampu memberi impak yang positif terhadap karier seseorang anak seni yang bergelar pelakon.
Buat aktres cantik, Siti Saleha, dia bersetuju untuk memegang watak ‘lesbian’ dalam filem terbaru berjudul Tujuh arahan Raja Mukhriz adalah disebabkan untuk mencabar diri sendiri dalam menjayakan watak tersebut.
“Untuk menjadi pelakon yang lebih versatil, saya mahu cuba lakukan pelbagai watak supaya mutu lakonan saya dapat ditingkatkan. Lagi pun ini peluang baik untuk saya buktikan bakat lakonan saya kerana watak seperti ini memang jarang ada.
“Mungkin watak ini bakal menimbulkan isu tapi saya tidak kisah dan bagi saya inilah tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon,”
jelasnya.
Saleha memberitahu, dia bakal menjalani penggambaran filem itu bermula pada 20 Mei ini dan memberitahu pasangan lesbian dalam filem itu akan dilakonkan oleh pelakon Marsha Milan Londoh.
Wartawan Sinar Harian
13 Mei 2013
sumber: Sinar Harian



{ 0 } Comments So Far, What's Your's?